Skip Navigation

Buy now!

Price:  RM 59.00
59.00
Quantity:
print
4. Kolagen Rambut Gugur & Kelemumur | 5. Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Nutri-M Shampoo- Syampu Anti-Uban

Nutri-M Shampoo- Syampu Anti-Uban











Nutri-M Shampoo
Syampu Anti-Uban



Nutri-M Shampoo adalah syampu anti-uban yang dihasilkan menggunakan 100% herba tradisional yang berupaya mengembalikan semula kekuatan rambut hingga ke akar, menjadikan ia lebih sihat bersinar dan yang paling utama - menghilangkan uban dan mengembalikan kehitaman rambut anda hanya dengan cucian pertama!

Inilah kehebatan ciptaan Tuhan yang terdapat di dalam rumusan herba Nutri-M Shampoo ini.

Antara herba-herba tradisional yang digunakan dalam penghasilan produk ini adalah seperti buah Billberry laut (Vaccinnium bracteatum), Kayu Brazil (Caesalpinia echinata) dan herba Yetbadetajo (Eclipta Prostata) yang mempunyai banyak kandungan nutrisi dan antibakteria yang sangat baik untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan rambut.

NutriM-Herbal content- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Antara herba-herba penting yang terkandung di dalam
Nutri - M Shampoo.
Dari kiri : Herba Yetbadetajo, Kayu Brazil & Bilberry Laut

Herba-herba ini juga sebenarnya telah digunakan sejak sekian lama oleh sebilangan nenek moyang kita untuk mengurang atau menghilangkan uban di kepala, di samping memastikan supaya rambut sentiasa sihat dan kuat.

Penerangan serba sedikit tentang kandungan herba yang terdapat di dalam Nutri-M Shampoo.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk ini telah diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia negara. Ia juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) . Oleh itu, anda semua terutamanya pengguna-pengguna Muslim tidak perlu risau tentang syampu in kerana kandungannya 100% herba, maka ia halal serta bersih sifatnya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu, insyaAllah.

Jika anda tertanya-tanya, "Adakah syampu ini pewarna rambut seperti yang ada di pasaran hari ini?" Jawapannya tidak. Produk ini bukan pewarna rambut seperti yang ada di dalam pasaran semasa, kerana fungsi rumusan herba di dalam syampu ini adalah untuk menambahkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam semulajadi yang ada di dalam rambut, BUKAN mewarnanya dari luar sahaja. Pewarna rambut biasa hanya berupaya menutupi uban atau warna rambut asal anda dari luar sahaja dan kesannya hanyalah sementara. Kita juga tahu bahawa pewarna rambut mengandungi banyak bahan kimia yang cenderung merosakkan rambut anda!

Pilihan di tangan anda. Pilihan yang terbaik ada di sini.
Telah ramai yang sudah mencubanya dan ternyata sangat berpuas hati dengan Nutri-M Shampoo ini.

Setiap kotak Nutri-M Shampoo mengandungi:-
4 sachet syampu berkondisioner (20g per sachet)
Sepasang sarung tangan getah

Informasi-informasi penting yang lain seperti tatacara penggunaan, senarai ramuan syampu dan lain-lain juga dicetak di bahagian kotak dan sachet syampu untuk rujukan anda.

Harga Jualan Runcit :-
RM 59.00 (Semenanjung)/ RM 60.00 (Sabah & Sarawak)

SUKATAN & CARA PENGGUNAAN :
NUTRI M BLACK SHAMPOO


A. Sukatan Penggunaan

a. Gunakan 1 sachet syampu untuk rambut pendek, atau 2 sachet untuk rambut yang lebih panjang buat kali pertama penggunaan.

b. Gunakan sekali seminggu untuk bulan pertama, kemudian gunakan sekali setiap 2 minggu untuk bulan kedua dan seterusnya bagi mendapatkan kesan yang lebih baik dan tahan lama.

* Penerangan yang dicetak di kotak syampu mungkin sedikit berbeza, tetapi yang tertera di atas adalah cadangan kadar kekerapan untuk mendapatkan kesan yang paling optimum berdasarkan pengalaman kami sendiri yang mengujinya baru-baru ini. Harap maklum.

B. Tatacara Penggunaan Nutri-M Black Shampoo

1. Semudah rutin cucian rambut seperti biasa, anda cuma perlu basahkan rambut sehingga rata supaya syampu akan dpt menyerap dengan baik*

* Penerangan yang dicetak di kotak syampu mungkin sedikit berbeza, tetapi yang tertera di atas adalah cadangan cara penggunaan untuk mendapatkan kesan yang paling optimum berdasarkan pengalaman kami sendiri yang mengujinya baru-baru ini. Harap maklum.

2. Gunakan sarung tangan plastik yang dibekalkan bersama dengan Nutri-M Shampoo untuk melindungi jari serta kuku anda, kemudian tuangkan syampu ke atas piring/bekas dan gaulkan sebati sehingga warna kekuningan berubah menjadi hitam.

3. Kemudian, sapukan sedikit demi sedikit dibahagian yang terdapat uban terlebih dahulu,sesudah itu baru lah ratakan syampu ke atas seluruh rambut sambil mengurut kepala anda perlahan-lahan selama 2 - 3 minit sehingga menghasilkan buih.

4. Tunggu sehingga 10 - 12 minit (sehingga buihnya kering), kemudian bilas rambut dengan air bersih

5. Keringkan rambut dengan tuala yang bersih dan perhatikan perubahan yang menakjubkan ke atas rambut anda

NutriM--Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Soalan Lazim

S : Adakah Nutri-M Shampoo ini berfungsi seperti pewarna rambut lain yang terdapat di pasaran?

J : Tidak. Nutri-M Shampoo adalah syampu berkondisioner dengan rumusan 100% herba tradisional yang berfungsi untuk membekalkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam yang semulajadi ada di dalam rambut. Ia tidak mewarna rambut dari luar sahaja sepertimana pewarna rambut lain yang ada di pasaran semasa.

S : Adakah rambut (terutamanya yang beruban) akan kekal hitam selamanya selepas menggunakan produk ini?

J : Adalah mustahil bagi rambut untuk kekal hitam selamanya kerana fitrah kita sebagai manusia, rambut baru akan sentiasa tumbuh mengikut peredaran masa dan usia, termasuk rambut yang beruban. Kesan daripada produk ini tidak kekal selamanya, tetapi ia mampu bertahan agak lama. Anda boleh menggunakannya mengikut sukatan dan tatacara yang kami sarankan untuk memastikan rambut sentiasa hitam, sihat, kuat dan bersinar.

S : Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini diluluskan oleh organisasi-organisasi yang berkenaan?

J: Bahan-bahan yang digunakan di dalam Nutri-M Shampoo telah diluluskan oleh Jabatan Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia Negara lantaran penggunaan 100% rumusan herba di dalamnya.

S: Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini halal dan disahkan statusnya oleh organisasi berkenaan?

J :Ya bahan dan ramuan di dalam produk ini halal, bersih lagi suci kerana ia menggunakan 100% herba. Produk ini juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh sebuah organisasi swasta bernama Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) (IFRC).

S : Di mana patut produk ini disimpan dan siapa yang boleh menggunakan produk ini?

J : Syampu ini hendaklah disimpan di tempat yang kering, tertutup dan tidak terdedah terus pada pancaran matahari untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang optimum. Produk ini boleh digunakan oleh orang-orang dewasa, terutama yang sudah beruban sebelum umur menjengah usia 30an. Ibu-ibu yang mengandung dinasihatkan supaya menggunakannya dengan berhati-hati dan dapatkan khidmat nasihat dari doktor/pakar terlebih dahulu.

S : Berapakah harga seunit Nutri-M Shampoo?

J : Harga bagi seunit Nutri-M Syampoo adalah RM 59.00 sekotak bagi Semenanjung Malaysia.

S : Adakah harga tersebut termasuk dengan kos penghantaran?

J : Tidak, harga tersebut tidak termasuk dengan kos penghantaran. Kos penghantaran terkini adalah RM 6.00 sekotak bagi Semenanjung Malaysia dan RM 10 sekotak bagi Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura. Kos penghantaran tertakluk pada takrif yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kurier yang telah dilantik.


TESTIMONI:


NutriM- SHAMPOO Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


Nutri M- SHAMPOO- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M



Pemakanan Kolagen Rambut
Formulasi Atasi Masaalah Rambut Gugur





Pemakanan Kolagen Rambut
Atasi Masaalah Rambut Gugur





« back