Skip Navigation

Buy now!

Price:  RM 59.00
59.00
Quantity:
print
4. Kolagen Rambut Gugur & Kelemumur | 5. Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Shampoo NUTRI-M ANTI HAIR LOSS REGIMEN

Shampoo NUTRI-M ANTI HAIR LOSS REGIMEN











SHAMPOO NUTRI-M - ANTI HAIR LOSS REGIMEN

1 SET HANYA - RM 59.00




1. Shampoo Herba Berkondisioner 200ml &
2. 1 Tiub Gel Essence 30g )
Untuk Menguatkan Akar Rambut dan melebatkan Rambut.

Nutri M Anti Hair Loss Regimen yang terdiri daripada gandingan syampu herba harian dan gel esen khas telah berjaya dihasilkan, khususnya buat mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut, kebotakan pramatang atau kenipisan rambut yang ketara.

Berikut adalah beberapa keistimewaan produk Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M :-

Mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut , kebotakan pramatang dan kenipisan rambut yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan.

Dihasilkan dengan rumusan 100% herba terpilih yang suci dan bersih seperti akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'faran dan akar Halia yang kaya dengan mineral dan vitamin yang berupaya mengembalikan semula . Kekuatan dan keremajaan rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru dengan kadar paling optimum.

NutriM-Herbal content- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Selain daripada mengurangkan keguguran rambut, ia juga terbukti mampu melambatkan proses pertumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur. Gel esen pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan hanya perlu digunakan seminggu sekali sahaja .

Ramai yang telah mencuba produk ini dan mengakui bahawa rambut mereka ternyata lebih lembut dan mudah diurus selepas menggunakan Nutri M Anti Hair Loss Regimen buat kali pertama.

Kaedah yang ringkas, semudah rutin syampuan rambut seperti biasa dan ia boleh digunakan setiap hari atau setiap 2 hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik, setanding hasil rawatan rambut professional.

Rawatan boleh dilakukan hanya di rumah dan dengan harga hanya RM 69.00 sekotak, ia ternyata mampu dimiliki dan memberikan anda penjimatan yang hebat jika dibandingkan dengan kos yang dikeluarkan untuk rawatan di salun!

Setiap kotak Nutri M Anti Hair Loss mengandungi:-
1 unit syampu herba berkondisioner 200ml
1 unit tiub gel esen 30g - Untuk Menguatkan Akar Rambut dan melebatkan Rambut.

Informasi-informasi penting yang lain seperti tatacara penggunaan, senarai ramuan syampu, dan lain-lain juga dicetak di bahagian kotak, botol syampu dan gel esen untuk rujukan anda.

Harga Jualan Runcit :-
RM 59.00 (Semenanjung, Sabah & Sarawak)


Hero Sebenar Set Nutri M Anti Hair Loss Regimen

Rahsia bagi keberkesanan set Nutri M Anti Hair Loss Regimen bukanlah terletak 100% pada syampunya, tetapi pada gel essence yang didatangkan bersamanya.

Gel Essence  Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Tahukah anda bahawa gel inilah yang merupakan hero sebenar kepada produk terlaris kami yang mampu membuatkan rambut anda lebih lebat & anak rambut tumbuh dengan cepat.

Ingin tahu kenapa & bagaimana?

Jawapannya :
Pati bunga Za'faran atau lebih dikenali sebagai Saffron.

Gel essence ini mengandungi pati bunga Za'faran (Saffron) yang berfungsi sebagai pembekal vitamin & nutrisi pada akar rambut apabila diserap sempurna oleh kulit kepala, menjadikan folikel atau akar rambut lebih kuat dan subur.

Apabila folikel menjadi lebih kuat & subur, ia akan merangsang pertumbuhan anak-anak rambut yang baru dengan kadar paling optimum lalu menjadikan rambut lebih lebat & masalah rambut nipis/kebotakan serius beransur pulih dalam masa yang singkat!

Kami ada mendapat beberapa feedback positif dari kalangan pengguna Nutri M Anti Hair Loss Regimen yang menggunakan gel essence ini setiap hari atau selang sehari, di mana mereka mendapati bahawa rambut mereka lebih lebat & kuat daripada sebelumnya, dan anak-anak rambut tumbuh dengan begitu cepat sekali.

Alhamdulillah sehingga kini kami belum lagi menerima sebarang aduan mengenai kesan sampingan yang negatif dari para pengguna produk ini tentang pemakaian gel essence & syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen setiap hari. Jadi terbukti ianya selamat digunakan dengan kerap & hasilnya begitu ketara dan menakjubkan!

CUBA 1 SET HARI INI....

SUKATAN & CARA PENGGUNAAN :
NUTRI-M- ANTI HAIR LOSS REGIMEN


A. Sukatan Penggunaan
A1 : Syampu Herba Berkondisioner

a. Syampu ini adalah syampu harian dan ianya sangat pekat, tidak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak Memadai mengikut ketebalan rambut.

b. Gunakan setiap hari atau sekali setiap 2 hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan tahan lama.

c.Kekerapan penggunaan syampu ini tidak akan membuatkan rambut menjadi kering.

A1 : Gel essence

a. Picit tiub diatas kepala gososk bagi meratakannya dan anggarkan jumlahnya mengikut keperluan.

b. Gunakan seminggu sekali selepas rutin syampuan dan tidak lagi perlu dibilas.

B. Tatacara Penggunaan Nutri M Anti Hair Loss Regimen

1. Semudah rutin cucian rambut seperti biasa, anda cuma perlu basahkan rambut sehingga rata supaya syampu akan dpt menyerap dengan baik.

2. Ratakan syampu ke atas seluruh rambut sambil mengurut kepala anda perlahan-lahan selama beberapa minit sehingga ia menghasilkan buih atau sehingga yakin ianya sudah menyerap dengan rata.

4. Kemudian, bilas rambut dengan air sehingga bersih dan keringkan rambut dengan tuala seperti biasa.

5. Gunakan gel esen mengikut sukatan yang telah dianggarkan dengan mengurutnya perlahan-lahan pada keseluruhan kulit kepala atau kawasan-kawasan yang berkenaan sahaja bagi kes kenipisan rambut atau kebotakan yang tidak sama rata.

NutriM-Herbal - Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


Shampoo Herba Penjagaan Rambut  ANTI HAIR LOSS  Nutri-M


Soalan Lazim

S : Adakah Nutri-M Shampoo ini berfungsi seperti pewarna rambut lain yang terdapat di pasaran?

J : Tidak. Nutri-M Shampoo adalah syampu berkondisioner dengan rumusan 100% herba tradisional yang berfungsi untuk membekalkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam yang semulajadi ada di dalam rambut. Ia tidak mewarna rambut dari luar sahaja sepertimana pewarna rambut lain yang ada di pasaran semasa.

S : Adakah rambut (terutamanya yang beruban) akan kekal hitam selamanya selepas menggunakan produk ini?

J : Adalah mustahil bagi rambut untuk kekal hitam selamanya kerana fitrah kita sebagai manusia, rambut baru akan sentiasa tumbuh mengikut peredaran masa dan usia, termasuk rambut yang beruban. Kesan daripada produk ini tidak kekal selamanya, tetapi ia mampu bertahan agak lama. Anda boleh menggunakannya mengikut sukatan dan tatacara yang kami sarankan untuk memastikan rambut sentiasa hitam, sihat, kuat dan bersinar.

S : Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini diluluskan oleh organisasi-organisasi yang berkenaan?

J: Bahan-bahan yang digunakan di dalam Nutri-M Shampoo telah diluluskan oleh Jabatan Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia Negara lantaran penggunaan 100% rumusan herba di dalamnya.

S: Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini halal dan disahkan statusnya oleh organisasi berkenaan?

J :Ya bahan dan ramuan di dalam produk ini halal, bersih lagi suci kerana ia menggunakan 100% herba. Produk ini juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh sebuah organisasi swasta bernama Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) (IFRC).

S : Di mana patut produk ini disimpan dan siapa yang boleh menggunakan produk ini?

J : Syampu ini hendaklah disimpan di tempat yang kering, tertutup dan tidak terdedah terus pada pancaran matahari untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang optimum. Produk ini boleh digunakan oleh orang-orang dewasa, terutama yang sudah beruban sebelum umur menjengah usia 30an. Ibu-ibu yang mengandung dinasihatkan supaya menggunakannya dengan berhati-hati dan dapatkan khidmat nasihat dari doktor/pakar terlebih dahulu.

S : Berapakah harga seunit Nutri-M Shampoo?

J : Harga bagi seunit Nutri-M Syampoo adalah RM55 sekotak bagi Semenanjung Malaysia,Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

S : Adakah harga tersebut termasuk dengan kos penghantaran?

J : Tidak, harga tersebut tidak termasuk dengan kos penghantaran. Kos penghantaran terkini adalah RM6 sekotak bagi Semenanjung Malaysia dan RM10 sekotak bagi Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura. Kos penghantaran tertakluk pada takrif yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kurier yang telah dilantik.

TESTIMONI:


NutriM- SHAMPOO Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - putri.PNG- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


Nutri M- SHAMPOO- Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


NutriM- SHAMPOO 100611 - Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M


Shampoo Herba Penjagaan Rambut Gugur & Uban Nutri-M

Dapatkan juga Pemakanan Kolagen Rambut Formulasi yang
membantu masaalah keguguran rambut.




Pemakanan Kolagen Rambut
Atasi Masaalah Rambut Gugur





« back